Wednesday, January 26, 2011

Holiday vs Konvo

mse ni sebenarnye nak gi konvo adik yang berlangsung kat Kuala Terengganu....tapi alang-alang dah sampai sane kne la amek kesempatan bercuti gak..agak indah la suasana kat Ganu tu..walaupun mase tu musim tengkujuh..tapi nasib baik sepanjang beberapa hari kat sana cuaca agak memberi peluang pada kitorang nak berholiday puas-puas..




syok kan jadi kanak-kanak ribena ni...sepanjang mase happy je..sebelum tu dah puas round sekitar pantai tu tp tak jumpe-jumpe jugak nasi air untuk sikecik ni.. Mc'D pon jauh kat bandar,last-last terpaksa minta pertolongan dengan incik GPS..setelah berpusing kerana menurut arahan dari GPS baru la berjumpa dengan KFC ni...ceh rupa-rupanya GPS telah berjaya mendajal kami sekeluarga yang agak naif dengan jalan-jalan di Kuala Terengganu ni..senang-senang je GPS ni nak kencing ea..ingatkan jauh la sangat KFC tu,rupa-rupanya ken masuk lorong yang kitorang dah lalu sebelum tu je..hampeh tul GPS ni..saje je nak bawak makan angin,dah la memang tengah lapar masa tuh..sampai je kat KFC tu sekali lagi kena tahan sabar sebab tengok punye la panjang barisan macam la KFC tu buat tawaran istimewa atau pun bagi KFC percuma pada pelanggan..beratur panjang-panjang kene bayar jugak..sekali lagi rase macam memang "wakena beb!!" bile sampai kat counter cashier tu cakap yang nasi air tak ada,yang ada hanya Nasi ayam..maka pecah la rekod sikecik tu untuk pertama kalinya makan Nasi..!!
 yeah NASI AYAM KFC!!(bertuah tul budak-budak zaman sekarang)
..kitorang tapau je sebab dah bengang sangat ngan KFC tu.. ^_^

Tuesday, January 25, 2011

~sikecik~

comel je bile tgk aksi sikecik ni makan biskot tu..rse mcm "aku mkn die ni jugak kang!!"heheh..dah la servis lembab gle kat restoran tu...tak tau ke orang tgh lapar gile ni..??!
mula-mula sampai kat restoran tu mmg la sikecik ni wat aksi-aksi comel mcm tu..tp bile dah dekat 15 minit die dah mule menunjukkan reaksi tak selesa berkurung dalam baby chair tu..adoiiiiaaay...masing-masing terus terkam ikan masak tiga rasa,tomyam campur,kailan ikan masin dan telur dadar sesudah je dihidangkan depan mata dengan lahap sekali,(lapar + nak cepat takot sikecik mengamuk) tak sempat nak snap pic..pinggan sume dah licin di "settle" kan..

Monday, January 24, 2011

Cara mudah memasang iklan NUFFNANG di blog anda

Assalamualaikum....
             Okay harini saya nak ajar cara untuk memasang IKLAN NUFFNANG di blog anda..mungkin anda dah cube buat sendiri tapi tak jugak keluar-keluar iklan tu..atau pun korang memang tak penah nak tepek mende tu sebab bagi korang maybe mende tu melecehkan,sekarang saya ada cara dan kalau korang follow instruction ni betul-betul ianya hanya semudah A B C...


First Step- Log in ke Nuffnang,klik add ads,dan copy kod untuk iklan.


Second Step - Log in ke Blogger >>> Dashboard >>> Edit HTML >>>Tick pada kotak expand widget template.




Third Step - Tekan button Ctrl + F dan taip kod ini  <div class='content-inner'> dan paste kan kod nuffnang  tadi selepasnya.

Okay then tekan preview untuk melihat hasilnya..
anda akan jumpa logo ini di paparan blog anda.



dan klick save jika tiada error..

SETTLE......fuhhhh!!!(lega) ^_^



sekian sahaja tutorial tentang pemasangan iklan nuffnang kat blog korang..hah??? senang sangat??? tu la saya dah cakap tadi bukan susah pon..macam budak-budak tadika belajar
A B C je..

Kalau korang rase nak share ke nak tweet-tweet ke sila lah..jangan segan silu..sama-sama la kita berkongsi ilmu yang ada..agar ramai dapat memanfaatkannya..



 

*._.*._.* ErTi CiNtA *._.*._.*



Pada suatu hari, Saya bertanya kepada mama, "Mama satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "Mama jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..Mama mengukir senyuman.

"Pilihan hati mama adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam."Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mama diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mama dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mama sedangkan sekilas saya pun mama mampu membacanya."Yang paling tahu hanya Allah.." mama merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mama menyusun ayat-ayatnya."Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."Mama menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mama menyambung lagi,"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mama dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mama menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..

Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mama berhenti seketika.Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi...MAMA buat-buat tidak nampak. 

Secret Admire

"Kakak, mama dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mama dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mama tekad tak mahu layan sebab mama takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mama sedar mama anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mama nak belajar sungguh-sungguh. .lama budak tu tunggu mama..Akhirnya mama bagi kata putus, mama hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mama..

Dan dia memang bukan jodoh mama, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mama merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada MAMA, semakin berminat dengan kisah lama mama..

"Mama memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mama. Mama ketawa kecil."Walaupun mungkin ada, mama tak pernah bagi peluang pada diri mama untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mama takut pada Allah.

Mama bukan seperti rakan sebaya mama yang lain.."Mama, macam kakak.." mama memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mama anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mama kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mama tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mama pelajar pertama yang bertudung.. Mama membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mama dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mama sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."mama melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung mama.

Ada getar di hujung suara mama. Kisah silam perjuangan mama di sekolah dahulu sikit-sikit mama ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu. 

"Mungkin kerana personaliti mama, mama menjadi tempat rujukan kawan-kawan mama.. Jadi, bila mama nak ambil sesuatu tindakan, mama kena fikir betul-betul sama da tindakan mama  tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mama ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mama membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mama sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mama menelan air liurnya. Saya diam. 

Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mama saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?


"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita 

jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada 

sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.

Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas 

jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak 

akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh 

cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple 

mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita 

berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah 

tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang 

kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan 

dikahwinkan dengannya.."


Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya 

kalah bila mendengar hujah mama. mama meneruskan,


"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi 

hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi 

hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya 

hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang 

bukan milik dia.


Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.


Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai 

antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi 

apabila kita mencintai saudara perempuan, kita 

bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita 

ada batas-batasnya.


Orang kafir kata batas-batas ini suatu 

diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat 

itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki 

dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita 

mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna 

agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. 

Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula 

dengan yang lain..


Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan 

dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha 

Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama 

bekerjasama untuk mencari redha Allah.. 

Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan 

untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang 

awalnya." mama berhenti seketika.. Bukan luar 

biasa...


Tentu kering tekak mama menerangkan kepada saya 

persoalan hati ini.


"Kakak.. jadi di sini mama nak kakak faham, jatuh 

cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun 

bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada 

lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang 

curang, suami yang curang..


Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang 

penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita 

supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta 

itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. 

Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang 

kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si 

dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, 

segala perkara yang kita cintai dan sayangi 

termasuk mama abah adalah kerana mencintai Allah.. 

Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, 

beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita 

benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. 

."


"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita 

sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu 

untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh 

memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri 

dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-

kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam 

hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa 

tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa 

sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta 

dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza 

dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah 

pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, 

sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta 

dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. 

Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang 

pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "


Redha


"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan 

untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak 

mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau 

yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau 

dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang 

ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap 

insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing

-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat 

mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna 

dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil 

kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si 

lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..

Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Mama menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan mama sangat-sangat kuat.

"mama dah didik anak mama dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang mama serahkan anak mama yang mama sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."

mama mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya...
"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita
sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu
untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh
memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri
dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-
kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam
hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta"...


Sunday, January 23, 2011

Sesuatu YaNg Indah

dalam dunia ni tak semua yang kita impikan dapat kita perolehi....jadi hargailah apa yang kita ada sebelum kita kehilangan apa yang sedang jadi milik kita..jadi ape kaitan statement ni dengan tajuk???
itu la yang saya sendiri pon x berape nak paham..biase la budak-budak baru nak belajar berblogger la katekan..
berbalik pada tajuk kita tadi..urmmm hidup ini sebenarnye SESUATU YANG INDAH untuk kita sia-siakan dengan benda-benda yang tak boleh nak dibanggakan dengan cucu cicit suatu hari nanti seperti banyak yang terjadi dan dialami bebudak remaja zaman sekarang(ceh cakap mcm idop zaman dahulu kala pulak)..

ini antara SESUATU YANG INDAH dalam hidup saya~



setiap orang ada pengalaman buruk,busuk,masam dan pahit tersendiri..tapi semua yang telah berlalu hanya tinggal sejarah yang mungkin akan mematangkan kita..kita yang lalu hanya kenangan,apa yang penting?? kerjasama!! (hehe * tetibe teringat kat wonder pets lak) siapa kita hari ini..